Isnin, 28 Mac 2016



Laguna Biru Kuang Homestay terletak berhadapan dengan Tasik Biru Kundang.

Ia juga berdekatan dengan Kundang Lakes Country Club dan berhampiran dengan Bukit Rahman Putra Golf Club.

Ia terletak 6km dari Bandar Baru Sg. Buloh, 20km ke Shah Alam dan 34km ke Kuala Lumpur. Dihubungkan oleh Lebuhraya Guthrie dan Latar dengan pusat bandar Shah Alam, Rawang dan Kuala Lumpur bagi perjalanan yang singkat. Ia turut dilengkapi prasarana sedia ada seperti stesen komuter, pasaraya, Hospital Sungai Buloh, Kelab Golf Kundang, masjid dan lain-lain lagi.

Daya tarikan utama Laguna Biru Kuang Homestay adalah Tasik Biru yang menjadi pusat aktiviti air seperti memancing, jet ski, pusat riadah keluarga dan lain-lain aktiviti sukan air. Berhampiran dengan jalan masuk utama ke Laguna Biru Kuang Homestay ini terdapat kolam pancing air tawar berbayar.

Kemudahan jaringan Lebuh Raya Guthrie, Lebuh Raya Utara Selatan dan Lebuh Raya Utara - Selatan Hubungan Tengah akan memudahkan perjalanan untuk sampai ke sini.

Dengan keluasan 850 kaki persegi berbalkoni, unit ini amat sesuai untuk keluarga dengan bilangan ahli sehingga 5 orang.

Homestay ini dilengkapi dengan katil queen di bilik tidur utama dan bilik tidur kedua. Setiap bilik tidur dan ruang tamu dilengkapi dengan kipas siling.

Set televisyen juga telah dilengkapi astro bagi tujuan hiburan penginap.

Penginap juga dibenarkan untuk memasak kerana alatan memasak, pinggan mangkuk yang lengkap turut disediakan termasuk peti ais.

Mesin basuh dan alat pengering turut disediakan bagi kemudahan penginapan.

Pertanyaan lanjut dan tinjauan serta tempahan, sila hubungi Syasya di talian 016-3110791.